Perutusan Daripada WorkTeam MyCMS-Malaysia 2007

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Terima kasih kerana menggunakan MyCMS-Malaysia 2007. Ini ada hasil idea dari forum php.net.my yang mana sekumpulan orang yang terlibat dalam forum php.net.my ingin membuat CMS make in Malaysia.

Jadi disini anda dapat memahami MyCMS-Malaysia 2007 walaupun anda baru sahaja terlibat dalam dunia internet. Ataupun anda baru sahaja dapat membuat laman web yang mudah menggunakan FrontPage / Dreamriver / NVU mahu pun menggunakan kod html dan javascrip. Walaupun anda sudah mahir buat website, tetapi tak mahir membuat website anda berhubung dengan pangkalan data seperti Oracel, MySQL, MS-Sql, SQL_Lite dan sebagainya menggunakan kod PHP, ASP, JSP, CFM dan lain-lain.

Memandangkan MyCMS-Malaysia 2007 adalah hasil kerjatangan anak tempatan, jadi dia dibuat dalam dwibahasa iaitu bahasa melayu & inggeris. Anda dapat memahami struktur MyCMS-Malaysia 2007 dengan cepat kerana dia dibina menggunakan konsep modul. Anda akan memahaminya sekiranya anda memasuki bahagian administrator/pentadbiran. Disitu akan diterangkan secara mudah dan terperinci tentang MyCMS-Malaysia 2007.

MyCMS-Malaysia 2007 sangat mudah dan sesuai untuk syarikat, organisasi, badan kerajaan, sekolah, individu dan sesiapa saja kerana modul-modul yang ada dapat memenuhi kehendak yang anda ingini. Terdapat juga modul tambahan sebagai pelengkap kepada yang sedia ada. Lawatilah laman web MyCMS-Malaysia 2007 untuk mendapat modul-modul terkini, versi terbaru dan infomasi terkini dari kami. Anda juga boleh membuat modul anda sendiri dan upload ke laman web MyCMS-Malaysia 2007 untuk dikongsi bersama.

Akhir kata, pandai-pandailah guna MyCMS-Malaysia 2007. Anda boleh mendapatan bantuan teknikal dari WorkTeam MyCMS-Malaysia 2007 di forum kami. MyCMS-Malaysia 2007 adalah sumber terbuka/open source dibuat bawah konsep GPL.

Sekian Terima Kasih
Oleh WorkTeam MyCMS-Malaysia 2007

Muka Surat 1 Muka Surat 2